Bulan Mac ni adalah bulan yg agak istimewa bagi aku sebab pertama kali dapat mencuba aktiviti kayak ni. Terima kasihlah pada SPS133 yg memuatkan silibus KAYAK dalam
Outdoor Recreation. Sebelum ni bukan tak teringin nak mencuba, tapi tak berkesempatan & tak ada org yg berminat nak
join sama. Sebagai seorg rakyat Malaysia yg lazimnya penyegan, mencuba kayak seorg diri amat jarang berlaku..heheh..
Apepun, biarlah aku mula dari
anatomy of kayak.. Di bahagian depan kayak dipanggil
bow, di bahagian belakang pula
stern. Jika 2
seater kayak, org yg di depan digelar
bowman dan di belakang digelar
sternman. Bahagian bawah kayak pula digelar
hull. Manakala sisi di sebelah kiri dan kanan dipanggil
port side &
starboard side. Permukaan rata dihadapan
bowman pula digelar
fore deck. Kebanyakan kayak adalah
sit-inside kayak. Tempat duduknya dipanggil
seat dan ruang duduknya itu dipanggil
cockpit. Manakala di sekeliling atau di mulut
cockpit itu pula digelar
cuoming. Sebuah kayak tidak akan lengkap tanpa
paddle.
Paddle ini berpemegang(
shaft) dan dua belah
blade. Kedua2
blade ni biasanya
unparallel dan dipanggil
'feathered blade', tujuannya ialah untuk mengurangkan rintangan angin. Permukaan atas
blade yg berbentuk sudu digelar
front-of-blade manakala di sebelah belakangnya digelar
back-of-blade. Paddle yg sesuai ialah apabila didirikan, tangan akan dapat mencapai hingga ke hujung
blade. Sebelum aku terlupa, semua org termasuk pensyarah & fasilitator diwajibkan memakai PFD(
personal floatation device) sebelum turun ke air. Jadi menunjukkan pemakaian PFD ni sangatlah penting dalam setiap aktiviti air, seperti kayak ni. Tak mengira sama ada seseorg tu
expert atau
novice dan mahir berenang atau tidak.. Malang itu tidak berbau, jika berbau senang lah kita mempersiapkan diri, ye tak....
Okey, nak naik ke kayak ni pun ada cara jugak. Kayak mestilah rapat ke tebing dan masuk dari sebelah
port side @ kiri kayak. Kalau berdua,
bowman akan masuk dulu. Dan dia akan imbangkan kayak semasa
sternman pula masuk. Jika tersilap langkah, dua2 akan
capsize dengan percuma..
Cara nak pegang
paddle yg betul ialah dengan mengangkatnya separas bahu, tangan kita akan berbentuk L, dan ikut keselesaan masing2. Tangan kanan memegang kejap pada
shaft tu, manakala tangan kiri akan
loose sedikit untuk memudahkan pengayuhan. Di sini aku akan ceritakan pengalaman berkayak dengan
partner, sebab tak berpeluang mencuba kayak
single. Kedua2nya mesti mengayuh serentak, dan lazimnya
bowman yg akan bagi arahan sama ada nak ke kiri, ke kanan,
stop @
turn. Untuk
stop, bowman akan hentikan kayuhan dan sengkang
paddle di sebelah kiri @ kanan,
sternman pun akan ikut berhenti dengan menyengkang
paddle di
opposite side. Untuk
turn right, kayuhan akan dibuat dari sebelah kiri dan begitulah sebaliknya. Untuk
turn 180',
bowman akan
forward paddle dan
sternman akan
back paddle from the opposite side. Untuk rapat ke tebing pula, kedua2nya akan tarik air dgn
paddle dan buat bentuk S, hinggalah dah rapat ke tebing.
Dengan di
guide oleh
lecturer2 dan fasilitator2, kami dapat belajar dan mencuba sendiri bagaimana utk
rafting(kumpul & rapatkan semua kayak), utk tukar posisi semasa
rafting, utk
self-rescue semasa
capsize dan
T-rescue. Untuk
rafting,
main kayak akan
stop dan tegakkan
paddle, bermakna semua dipanggil berkumpul di situ. Semua akan datang & pegang kayak2 di sebelah utk rapatkan satu sama lain. Semasa tukar posisi, mestilah dibuat seorg demi seorg. Tak boleh serentak. Kawan2 yg lain akan pegang kayak2 yg berdekatan utk stabilkan keadaan. Proses ni selalunya dibuat semasa ekspedisi kayak, sebab mungkin ada yg dah tak kuat & tak ada tenaga nak mengayuh, boleh lah mereka tukar pasangan.
Aku disuruh oleh En. Hisyam utk cuba
self-rescue dengan brader Hastha. Alhamdulillah, bila dah
capsize tu kami cepat2 keluarkan diri dari kayak & cuba terbalikkan semula kayak secepat mungkin sebelum air banyak masuk dan memberatkan kayak. Bila kayak dah kembali ke posisinya, proses nak panjat balik utk masuk pun agak mencabar.
Bowman kena cuba panjat dari tengah, sambil
sternman imbangkan kayak supaya tak
capsize semula. Begitu juga sebaliknya. Bila dua2 dah selamat, kami berpeluang utk bantu kawan kami buat
T-rescue sebab kayaknya dah tenggelam dan dimasuki air. Caranya, kawan kami tu tarik kayak dia dan cuba naikkan di bahagian hadapan kayak kami sambil dibantu oleh
bowman. Dia akan jongkang-jongkitkan kayaknya itu untuk keluarkan air. Setelah dah ok, dia pun naik semula ke atas kayaknya. Kami pun mendayung semula ke
port asal kami tadi.
Tamatlah sudah sesi berkayak pada hari itu. Lega sebab dah selesai, dan tak banyak minum air tasik yg keruh tu. Sebab terdengar cerita, ada yg hampir kenyang dek terminum air tasik yg Wallahualam tu...
Sesiapa yg nak mengikuti ekspedisi berkayak ni, persiapkanlah diri dulu. Tangan mesti nak kuat,
especially bila berkayak di laut atau
white-water kayak(di sungai). Kalau di Tasik Shah Alam yg tenang tu pun ada yg tercungap2, bayangkan aje kalau di laut....
*Gambar yg aku sertakan ni bukan lah pada hari yg kami
capsize tu, tapi hanyalah sebagai gambar ilustrasi. Ni gambar semasa pengenalan kepada kayak..