Monday 18 January 2010

Outdoor in Batu Pecah


My recent outdoor activity was in Batu Pecah. Ikut trip rakan sekerja, semuanya dalam lapan orang. IFS Nizar (IFS stands for Inflight Supervisor) jemput aku dan kengkawan ke Batu Pecah di Tg. Malim.Dia dan kumpulannya sering menganjurkan aktiviti off-road 4x4.
So, dalam trip tu aku ajak Deny, Trisha dan Don ikut serta. Tapi Don tak dapat join, sebab di saat-saat akhir ada suara-suara sumbang yang menyatakan tak dapat nak jemput Don di airport. I'm so sorry my friend.. Kami bertolak pada jam 1.30 tengahari 14.01.10, dan berkumpul di Shah Alam. Selepas basahkan tekak masing-masing di kopitiam kami akhirnya memulakan perjalanan memasuki highway menuju ke exit Tg. Malim. Perjalanan agak slow sebab kami ni geng 4x4, and the tyres are meant for off-road. Sampai di Tg. Malim, sekali lagi kami singgah untuk kali terakhir cari bekalan, ration.. Semua dah tak sabar nak mandi sungai sebenarnya..:)
Laluan masuk ke trail Batu Pecah tu melalui kebun getah dan kampung orang asli. Disebabkan hari dah beransur gelap, 'dewan undangan' memutuskan untuk bermalam di tepi sungai, first station that we stopped. Khemah dipasang dan unggun api dibuat, air dimasak dan kopi dihidangkan.. Masing-masing ada urusan sendiri. Ada yang bersiap-siap nak pegi berburu, ada yang lebih selesa duduk bersembang di unggun api panaskan badan yang sejuk bedi meredah sungai. I prefer to stay and go to bed as early as I can..
So,the next morning started at 7.00 am. I make an effort to brush my teeth and wash my face with the freezing cold water. Breakfast was prepared and after that we went for a morning walk. We took almost two hours there. By the time we arrived at the campsite, our friends already packs our things and ready to go to the next point. Trail ini agak mencabar kerana jalan yang perlu kami lalui tu adalah laluan anak sungai, dah tentu penuh dengan batu sungai. Dari sinilah trail Batu Pecah mendapat namanya.. Perjalanan ke destinasi mengambil masa 2 jam setengah, sebab ada 3-4 halangan yang kami terpaksa berhenti.. Antaranya bila tayar tak lepas di batu besar, kami terpaksa guna winch. Jeep yang dah lepas akan patah balik untuk bantu jeep yang tersangkut tadi. Dan begitulah seterusnya. Aktiviti ini sangat memerlukan teamwork. Jarang akan ada jeep yang terelak dari halangan setiap masa, mesti ada kalanya memerlukan bantuan dari yang lain..
Akhirnya kami sampai juga ke highest point Batu Pecah. Pertama sekali, khemah-khemah dipasang dan makan malam disediakan beramai-ramai. Buat ape pun jika ada teamwork, semuanya rasa senang. Seperti biasa, bila dah kenyang barulah boleh mandi dan basuh perkakas memasak tadi. Apa-apa pun, pengalaman ni memang tak dapat dilupakan.. 'Kawan-kawan, next time ada off-road lagi jangan lupa ajak ye..;)'

Sunday 10 January 2010

sps 133

hari pertama.. seminar pertama.. kelas pertama untuk semester 4. semua terkejut gara-gara insiden tersekat di palang parking, tapi aku antara yang paling bertuah. diselamatkan oleh seorang lecturer yang mulia, sanggup turun untuk swipe kan kad untukku..I owe her big time..