Friday 9 April 2010

Backpacks and Bags Heaven





MENJUAL BEG-BEG BERJENAMA YANG BERKUALITI SEPERTI DEUTER, CRUMPLER, NORTH FACE, JACK WOFSKIN, KARRIMOR, MILLET DAN SEBAGAINYA. PILIHAN PELBAGAI RANGKAIAN BEG PASTI MENEPATI APA JUGA KEPERLUAN ANDA.




Sila rujuk link dibawah untuk lebih banyak pilihan.

http://whatabag.blogspot.com
http://backpack.lot.my/

Tuesday 6 April 2010

Low Rope Course






Petang hari ke-3 tu, lepas solat Jumaat & lunch, kami diajak berjalan beramai2 menghala ke Taman Burung. Aktiviti seterusnya ialah Low Ropes Course. Alatan2 utk aktiviti ni kami bawa sendiri, iaitu tali. Sekeping white board & marker pen juga kami bawa utk En Shawn beri penerangan sebelum memulakan Low Ropes Course ni. Dalam taklimatnya, dia ada menerangkan serba sikit asas LRC ni.. Sebab namanya Low Ropes, aktiviti ni sekitar paras lutut, pinggang hingga paras kepala sahaja, tak lebih dari tu. Sebab ada juga High Ropes, yg ini memang tinggi dari aras kepala. Beberapa course yg biasa @ asas utk LRC ni ialah Monkey Crawl, Leopard Crawl, Postman Walk, Criss Cross, Balancing Walk, Backward Tension Traverse, Multiple Vine, Giant Ladder, Chicken Walk, Spider Web dan banyak lagi. Di sinilah gunanya ikatan2 yg kami dah belajar tu. Boleh la hands-on sikit sblm test knotting nanti. Untuk aktiviti ni, sistem belay @ spotter sangat2 lah penting dari segi safety. Selain memakai helmet, kami ni juga bertindak sebagai human safety net. Kat sini lah nk tengok semangat kerjasama antara kami.

Selesai taklimat, masa utk mula bekerja. Kami diarahkan utk setting sendiri 3-4 course utk kami experience sendiri pada petang tu. Tapi of coz dengan tunjuk ajar fasilitator2 semua. Dengan kata sepakat, kami decided nak buat Monkey Crawl, Backward Tension Traverse(mmg tension pun), Postman Walk dan Criss Cross. kami kena buat course tu berderet2, one after another. Sebab syarat utk game ni kena dibuat berturutan tanpa mencecahkan kaki ke tanah. Dalam 3 org buat satu course tu, kami buat Monket Crawl. So kena ikat tali ketat2 dari kiri ke kanan, tu je..

Mula2 kami ikat 1 side dgn ikatan manuk(clove hitch), kemudian dikemaskan dengan half hitch. Hujung tali yg panjang tu kami bawa ke sebelah satu lagi utk diikat. Sebelum tu kami buat butterfly knot dulu. Tujuannye ialah utk ketatkan regangan tali ni. Kami masukkan hujung tali dalam loop butterfly knot tadi dan ikat manuk, juga diikuti dgn half hitch. Alhamdulillah, selesai pun. Harap2 tali ni selamat digunakan. Masing2 dapat merasa buat satu ikatan.

Sementara tunggu yg lain siap, kami mula pilih ahli kumpulan. Untuk aktiviti ni, aku geng dgn Akmar & Amir. Tetap Triple-A heheh... Setiap kumpulan kena ambil satu helmet. Ditegaskan, utk aktiviti ni, pemakaian helmet adalah WAJIB ye tuan2 dan puan2. Malang tak berbau, safety comes first. Bila semua dah ready, aktiviti menarik ni pun dimulakan. Kumpulan kami didahului oleh Amir. Sedaya upaya kami bantu Amir supaya tak tergelincir ke tanah. Sebab kalau jatuh kira disqualified, kena mula sekali lagi. Itulah yg terjadi pada aku sebenarnya. Pertama kali cuba, Monkey Cross lepas. Bila sampai di Backward Tension Traverse tu, memang tension jadinye.. Aku jatuh tergelincir. Nak dijadikan cerita, tali utk BTT ni lendut sedikit. Ini menyukarkan kami utk balancing atas tali ni. Sepatutnya tali ni perlu tegang, baru mudah pergerakan. Takpe.., ini pengalaman pertama kami. Setelah diberi sokongan moral yg padu dari kawan2 kumpulan, aku mencuba lagi sehingga jaya. Sampai di Postman Walk dan Criss Cross, Alhamdulillah takde masalah dah. Terima kasih kawan2 yg juga spotter ni, memang sporting.. Tanpa u all, susah sikit nak lepas tali lendut tu..

Begitu juga bila tiba turn Akmar, semua turut bagi sokongan padu. Inilah semangat setiakawan. Bila semua dah lepas, baru lega rasanya. Barulah terasa melecet sikit tangan. Tapi takpe, yg penting happy. Happy sebab dapat join buat Low Ropes Course ni. Dah la setting sendiri pulak tu. Bangga jugak rasanya.. Selalu tengok dari jauh je org buat aktiviti ni.

Untuk Low Ropes Course ni, kami dapat pelajari cara2 & penggunaan ikatan2 yg kami dah pelajari. Lagi cepat ingat sebab hands-on sendiri kan. Kreativiti dan semangat kerjasama perlu kuat kalau nak buat aktiviti ni. Apepun, thanks to all my dear friends...

Monday 5 April 2010

Orienteering & Navigation










Pada hari ke 3 selepas dah digelar Survivor, kami dikejutkan pula dgn aktiviti Navigation Orienteering. Ia diberi nama Navigation Orienteering kerana ada combination between these two dalam game ni. Navigation ni ada unsur2 treasure hunt, manakala Orienteering pula ada unsur2 treasure hunt yg ber tunjuk arah menggunakan compass reading.

Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan diantara koordinasi fizikal dan mental dengan baik. Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telah ditandakan diatas peta dan ditentukan dipermukaan bumi mengikut susunan tertentu. Orienteering bermaksud peta, hutan dan adventure. Sukan ini boleh diibaratkan gabungan antara sukan merentas desa (cross-country), pandu arah(navigation) dan acara mencari harta karun (tressure-hunt). Ia meliputi berbagai bidang latihan, kaedah mainan dan pertandingan disamping menyediakan ruang eksplorasi, cabaran dan risiko tersendiri. Terdapat empat kaedah orienteering dijalankan mengikut ketetapan Persekutuan Orienteering Antarabangsa (IOF) iaitu Foot-O, MB-O, Ski-O dan Trail-O. Di negara ini, hanya kaedah Foot-O yang mudah untuk dilakukan, antaranya adalah :-
- Orienteering Merentas Desa (Cross-Country Orienteering)
- Orienteering Bermarkah (Score Orienteering)
- Orienteering Jalanraya (Street Orienteering)
- Orienteering Bukit (Mountain Orienteering)
- Orienteering Malam (Night Orienteering)
- Orienteering Berganti-ganti (Relay Orienteering)
- Norwegian Event

Sebelum memulakan game, kami diminta menyalin ke lapan2 check-point(CP) yg telah diberitahu dalam peta yg telah disediakan. Kami diberi taklimat tentang nak mula di CP mana dan juga masa game tamat. Kami diminta pulang tempat permulaan dalam masa sejam stengah regardless tamat atau tidak. CP pertama kami ialah pondok di depan tasik. Kami punch dan terus menuju ke CP yg seterusnya. Mengikut peta yg kami dah tandakan tadi, kami perlu meredah trail yg agak jauh utk sampai ke CP kedua ni. Setelah berjalan diselangseli dgn berjogging dlm lebih kurang 1 km, kami ternampak control marker yg striking tu disangkut di tepi pokok. Mula2 suspen jugak sebab antara CP 1 dan CP 2 ni agak jauh, ingatkan dah sesat. Sempat jugaklah pacat buat 4-5 check-point kat badan aku ni masa lalu kat trail tu.. Yang herannye, takde pulak Amir kena gigit. Atau mungkin pacat tu pacat jantan..

Lepas dah keluar dari hutan pacat, kami tembus ke Jalan Berani. Aku terfikir bagaimana jalan ni mendapat namanya.. CP seterusnya di Taman Rempah dan cluenya ialah bus stand. Di sini aku nak buat pengakuan sikit.. Semasa berjogging ke Taman Rempah, sebuah bas persiaran yg pemandunya berhati mulia memberhentikan bas & mempelawa kami naik. Utk tak menghampakan pemandu bas, memandangkan hari yg terik & semangat nak menang yg tinggi, kami pun naik. Kami tumpang bas tu hingga ke bus stand yg juga CP 3, alhamdulillah.. Tu rezeki namanya..heheh.. Lgpun dlm taklimat tak dinyatakan any restrictions..(nak sedapkan hati) Di control marker tu terdapat bearing utk CP seterusnya, so kami perlu cari guna kompas. Dalam Taman Rempah itu sendiri ada dua lg CP yg ada menunjukkan bearing, barulah kami sampai ke Titi Gantung. Lepas ke sana kami ke Menara Tinjau yg cantik pemandangannya, Titi Gantung dan Rumah/Chalet Melayu. Lepas dah punch di sana, kami bertembung dgn kereta En Hafis & En Dasri. Mereka suruh kami hentikan game dan pulang ke CP mula sebab masa dah tamat. Frust sungguh rasanya sebab kami tengah semangat nak habiskan game ni..

On the way back tu kami lalu CP yg ke 6, kami masuk juga sebab dah dekat. Cp yg ke 7 kami tak pegi sebab jauh, kena masuk dlm tasik. CP 8 pula memang di tepi jalan kami nak balik tu, iaitu menara abseiling. Kami cuba juga jenguk2 kalau nampak dari bawah, tapi takde. Macam dah kena removed je.. So, kami pun serahkan control card kami pada En. Yasir. Ingatkan kot ada hadiah heheh, pemenang kedua pun jadilah. Game kami tamat di situ. Mereka dah lambat nak ke smayang Jumaat rupanya.

Keesokan harinya pun ada aktiviti orienteering, tapi kali ni kami yg sediakan landasan. Kami dibahagikan pada 2 group, 6 org segroup. Bermula pada CP yg sama, kami berpecah. Kami ke barat dan mereka ke arah timur. Kami berazam nak buat landasan yg paling susah sebab dah tentu mereka pun akan kenakan kami. Kami tembak bearing ke sebatang pokok, dah sampai di pokok tu kami tembak lagi dgn bearing yg sama ke pokok yg lain pula. Dengan alasan biar jauh sikit dan mencabar. Semua org ambil giliran utk set satu CP. Lepas dah siapkan kesemua 5 CP, kami pulang ke CP mula. Rupanya mereka dah siap ada menunggu. Aik, cepatnye mereka siap, senang ke..? Tanya kami dalam hati. Kami serahkan landasan yg dah siap tu pada organizer. Landasan bertukar tangan. Kami akan buat landasan yg mereka dah sediakan. Group ber 6 dah pecah dua, jadi bertiga. So, siapa antara kami dua group yg paling cepat diangkat sebagai pemenang.

Group Hastha dilepaskan dulu. Kami menyusul kemudian. Rupanya tak susah sangat pun landasan mereka. Rasa guilty timbul dalam diri kami, kesiannya mereka.. Nak buat macamana, adat permainan mesti nak menang heheh.. Kami sampai di CP akhir, rupanya kami ketinggalan hanya beberapa minit je dari group Hastha. Kumpulan yg buat landasan kami tadi belum pulang2. Hanya 10 minit kemudian baru mereka sampai dengan muka masam mencuka. Rupanya ada yg luka semasa hendak punch di control marker. Maafkan kami ye, kami janji tak buat lagi. Ada yg berlawak nak bawa kes ni ke mahkamah, huhu.. Tapi classmate kami ni memang best, marah habis di situ. Tak simpan dalam hati..

So, dari game ni kami dapat pelajari macam mana nak sediakan aktiviti orienteering ni. Bearing mestilah tepat, sebab kalau lari sikit pun boleh tersasar jauh. Control marker tu janganlah diletakkan di tempat yg merbahayakan peserta. Yg penting kiraan masa, kalau landasan senang pun tapi masa kiraan panjang, macam mana nak menang..

Friday 2 April 2010

..I'm a SurVivOr..









Hari kedua kami belum berakhir lagi. Setelah selesai aktiviti Blind-Trail, kami tidak dibenarkan pulang ke khemah masing2. Dengan berbekalkan jaket dan torch light sahaja, kami bakal menjalani satu lagi aktiviti yg mencabar fizikal dan minda, iaitu Survival. Sebelum tu kami relaxkan diri dgn main satu game, Mingle. Daripada game nilah kami dapat group Survival kami. Aku sekumpulan dengan Amir dan Afiq . Triple A, Abby+Amir+Afiq.. Semasa taklimat, kami dah duduk dalam kumpulan masing2, ada 4 kumpulan kesemuanya. Setiap kumpulan dibekalkan dgn 4 PFD, sekeping kanvas, parang, 2 periuk messtins, 5 bilah mancis, setin sardin kecil, 2 biji telur, segenggam beras, segenggam tepung, sebiji bawang, ubi kentang & cili, sedikit garam & gula dan 2 uncang teh. Itu sahaja buat bekalan kami bertiga sehingga pukul 10 besok paginya... Aku termenung sekejap. Memikirkan perut yg lapar, dah petang pun tak makan2 lagi ni.. Apelah nasib kami. Untuk sarapan pagi tadi, kami dihidangkan dgn nasi lemak yg enak (oleh En John). Nasib baik semuanya makan dgn beria2. Satu benda yg kami pelajari di sini ialah, apabila tiba waktu makan, jangan lah sia2kan makanan tu.. Bedal je, sebab kat sini kami banyak pakai tenaga. Kejap je dah lapar balik. Terima kasih juga buat juadah2 yg sangat sedap..

Berbalik pada aktiviti kami tadi. Dalam taklimat, kami diberitahu yang kami akan dihantar ke tapak khemah masing2. Dengan menggunakan apa yg dibekalkan, kami perlu mendirikan khemah, membuat unggun api dan masak untuk makan malam. Kami dilarang sama sekali untuk berkomunikasi dengan ahli2 kumpulan lain. Sesudah taklimat, kami disuruh berjalan ke arah Tasik Sungai Kuning sebab tapak perkhemahan Survival kami di sana. Perjalanan ke situ yang naik & turun bukit menambahkan lagi letih dan lapar kami. Tapi sesampainya di Tasik Sungai Kuning tu, aku terpaku sekejap melihat keindahan tasik yang jernih & ikan2 yang cantik di dalamnya. Rupa2nya boleh memancing di situ, tapi Catch & Release. Sekadar suka2.. Boleh tengok dan tangkap, tapi tak boleh dimakan. Semasa melalui jambatan untuk ke seberang sana, En. Shawn menunjukkan satu2nya tempat yg kami boleh ambik air bersih untuk minum dan masak. Semasa kami ambil air di sini, DIWAJIBKAN memakai PFD. Tujuannya, takut ada yg terjatuh semasa mengambil air. Diingatkan juga, kami tak dibenarkan untuk mandi SAMA SEKALI. Di sini barulah aku diterangkan salah satu sebabnya kami dimandikan lumpur tadi. Selain untuk menguji ketahanan mental, lumpur yg membalut seluruh tubuh kami sangatlah berguna time Survival ni utk menghalau segala binatang & serangga. Ala2 dalam cerita Terminator tu, kata mereka. Binatang2 tak dapat nak bau manusia sebab dah bau macam mereka...(kuang..3x) Memang betul terbukti sebab malam tu aku kurang diganggu serangga. Jika tidak, aku ni macam ada antenna panggil nyamuk. Kadang2 aku sorg je yg kena gigit nyamuk, mungkin juga sebab darahku manis..heheh...

Sesampainya kami di camp-site, kami bersama-sama pilih kawasan mana yg kami nak jadikan tapak khemah. Kami pilih tapak tu sebab jauh dari pokok2 besar yg dahannya mungkin patah dan tapaknya rata. Bila dah confirmkan tapak tu, Amir mula mencari sumber2 seperti tali untuk mengikat khemah & dahan2 untuk dibuat tiang. Afiq pula membantu mengumpulkan kayu dan menghidupkan api. Aku sebagai org dapur, membuat persiapan seperti membasuh beras, memotong ubi kentang & yg paling sukar sekali menghidupkan api dan membuat tungku.. Menu yg aku rancang ialah bubur nasi, kentang dan telur. Sardin akan aku masak keesokan harinya, dengan tepung. Susah juga nak memasak pakai kayu api ni ye, silap bajet dapat nasi mentah @pun hangit.. Bersyukurlah pada teknologi yg ada sekarang ni. Masak punya masak punya masak, khemah pun siap. Masing2 melabuhkan punggung kepenatan. Buat seketika, takde seorg pun rasa nak makan. Mungkin sebab terlalu lapar dan penat kot, perut pun dah masuk angin. Bila dah agak malam, barulah kami jamah sikit bubur tu. Itupun sekadar alas perut. Sambil lepak2 tu aku buatkan teh-o untuk minum. Pernah sekali mereka tertumpahkan gula, sanggup dikutipnya dan diletakkan juga dalam teh-o.. Survival, kata mereka. Sedangkan air tasik yg ber hidupan tu pun selamba je kami minum mentah, tawakal je pada tuhan.

Relax juga rasanya sebab time ni je kami dapat free zone. Sepanjang 4 hari kami di situ, packed dgn aktiviti2 yg telah disusun oleh mereka. Sambil minum teh-o tu kami berborak2 panjang. Bagus jugak dapat peluang mengenali class mate dengan lebih rapat. Selalunya setakat jumpa sebulan sekali dalam seminar, tak tau pun rupanya kawan sekampung. Apepun, seronok tengok semangat kerjasama antara kami. Masing2 tau peranan masing2, apa yg perlu dibuat. Air dah habis je, sesiapa yg sempat dah pun sarungkan PFD untuk ambil air. Kami tidak merayau malam untuk cari kayu api sebab Amir dan Afiq dah kumpulkan bekalan yg cukup utk sampai besok pagi. Kami diingatkan supaya sentiasa menjaga unggun api ni supaya tidak padam. Sebab unggun api dapat menghalau binatang2 yg kecil mahupun besar. Kami juga bergilir2 utk berkawal sentri, seperti biasa.. Tapi kali ni tanggungjawab agak berat sebab kena sentiasa marakkan unggun api tu. Ada beberapa kumpulan yg telah ditangkap tidur dan unggun api padam terus. Mereka diwarning jika sekali lagi semua tidur, mereka diminta pindah ke tapak baru. Aduh.., bayangkan kena bina khemah baru dalam gelap2 tu.. Alhamdulillah, kumpulan kami bersentri dengan baik sampai ke pagi. Walaupun pening kepala menahan ngantuk, mesti ada salah seorg dari kami yg berkawal. Terima kasih kawan2 atas kerjasama yg ditunjukkan. Itulah malam yg paling panjang pernah aku lalui. Kami tak dibenarkan pakai jam, so we lost track of time..

Apepun pagi tu kami bangun awal, masak air dan buat teh-o. Aku panaskan lebihan bubur semalam & masak sardin dalam tin. Sedap sungguh breakfast kami hari tu. Baru terasa lapar yang teramat sangat. Sambil kami makan, En. Dasri datang memberitahu bahawa masa Survival kami dah tamat. Kami diminta buka balik segala khemah, kutip sampah2 yg kami bawa & matikan api yg kami hidupkan semalam. Saat yg paling happy rasanya, tak sabar nak mandi bersabun, syampu rambut, sikat rambut & pakai pakaian bersih. Welcome Back Civilization........

hei...Mambang Tanah...





Pada hari yg kedua tu jugak, kami dijinak2kan dengan asal usul kami iaitu tanah.. Kami berkumpul reramai di roundabout menunggu arahan seterusnya dari En. Yasir. Dia mengagihkan lipatan kain yg dikerat panjang, berwarna biru kain sekolah. Dengan taat, kami pun mengikut arahannya supaya mengikat mata masing2 utk mengaburi penglihatan kami. Kami diberitahu bahawa kami akan dibawa berjalan mengexplore terowong yg terdapat berhampiran Tasik Sungai Kuning. Perasaan dalam hati bercampur-baur dengan excited & bimbangkan keselamatan kami. Dengan mata yg celik pun kemalangan berlaku, inikan pulak… Walaubagaimanapun, kepercayaan yg tinggi aku letakkan pada semua yg mengendalikan aktiviti ni. Mereka lebih berpengalaman dalam aktiviti2 lasak, mesti dah terbukti selamat, barulah aktiviti ni diteruskan sampai ke hari ini, ye tak….

Setiap seorg diberi nombor, aku nombor yg ke-6. Kami berjalan dalam barisan mengikut nombor, berpimpin tangan dengan orang yg di depan dan di belakang. Oleh kerana hilang deria penglihatan, kami menggunakan deria yg masih ada iaitu pendengaran & pertuturan. Mereka yg di depan akan warning mereka yg di belakang jika terdapat apa2 halangan di depan. Dan mesej tu akan dikongsi hinggalah sampai kepada mereka yg di belakang sekali.

Kemudian, kami sampai ke kawasan berpasir yg aku teka Gelanggang Pasir. Kami disuruh duduk bersila dan tunggu.. Dalam masa menunggu ni aku sentiasa pastikan hubungan dengan kawan sebelah tak terputus, iaitu kami sentiasa berkomunikasi. Saje tanye khabar, ok ke tak, masih ada di sebelah ke? Kawan di depan beritahu yg seorg demi seorg dah ditarik entah ke mana. Ini menguatkan lagi gabra aku. Ape lagi yg boleh aku buat, selain bertawakal. Kemudian, kedengaran kawan di depanku bangun. Aduh.., giliranku dah dekat ni. Akhirnya, tiba giliranku. Aku dipesan supaya pegang tali yg disediakan. Tali tu hendaklah sentiasa berada di bahagian kiri badanku dan janganlah dilepaskan kalau tak nak sesat. Aku perlu mengikut ke mana saja tali tu pergi. Kalau tali tu ke bawah, ke bawah lah aku.. Aku mengangguk tanda faham.

Aku dilepaskan seorg diri dengan hanya berpandukan seutas tali di sebelah kiriku. Aku berjalan perlahan2 dan semakin menuruni cerun. Aku berjalan itik dan kemudiannya tunduk utk masuk ke dalam air yg aku bayangkan paya. Dalam hati terdetik, janganlah ada pacat@lintah dalam air ni. Di dasar paya ni berselut, menyebabkan aku sukar nak melangkah. Kena bergerak perlahan, setapak demi setapak. Nasib baik kasut tak tercabut dan melekat dalam paya ni(macam2 yg aku fikirkan..) Lepas dah redah paya, aku sampai ke tebing yg berlumut. Aku panjat tebing tu dengan menggenggam apa yg sempat aku capai di situ. Kemudian tali tu terarah ke bawah, yg aku bayangkan ialah longkang. Aku raba bukaan longkang tu, tak besar sangat. So, aku terpaksa merangkak utk ke sebelah sana. Sesampai di sebelah sana, aku rasa dicurah dengan air lumpur yg pekat(dari baunya). Hmm.., lengkaplah seluruh badanku kini bergelumang lumpur.. Aku berjalan lagi meredah lumpur dan lecah, lalu di bawah kayu melintang(juga merangkak), dicurah lagi air lumpur, sambil diselitkan dedaun kayu di kepala. Aku tak dapat bayangkan, macam manalah rupa aku sekarang ni. Akhirnya aku disuruh duduk di atas sebatang kayu dan tunggu. Agaknya yg lain belum habis lagi ni..

Aku kemudiannya dipanggil oleh kengkawan yg lain utk berkumpul. Dengan hanya berpandukan suara, kami bergerak membuat satu kumpulan. Bila headcount balik, rupanya tak cukup seorg. Siasat punya siasat, rupanya yg tercicir tu, adik Zarif. Jenuh kami jerit panggil dia, dia tak mahu datang. Ada yg kata, itu mungkin bukan suara Zarif. Mungkin trick je. Ada juga yg tak kuasa nak pergi beramai2 mencari dia, kenapa tidak dia yg seorg datang mendapatkan kami? Macam2 yg kami fikir. Ada antara kami yg bertanyakan soalan password utk memastikan suara itu benar suara Zarif(seperti, siapa kawan sekhemahnya?). Nasib baik dia dapat jawab satu daripada soalan tu, so kami yakin suara tu kepunyaan Zarif. Dengan semangat teamwork, kami yg ramai ni beralah & bergerak beramai2 berpimpin tangan berpandukan suara Zarif.

Sesampainya di tempat Zarif, dia memberitahu dia sebenarnya dilarang bergerak. Aku dah agak dah, ini semua adalah satu ujian. Nak tengok kami ni sabar ke tak. Kemudian, kami diminta berdiri dalam barisan & senyum. Alamak..., kena tangkap gambar la pulak... Sabar je. Lepas menaiki lebih kurang tujuh anak tangga, kami diminta duduk & kemudian ikatan mata dibuka. Ya Allah, comotnya masing2. Dalam hati terdetik rasa bangga sebab dapat completekan aktiviti tu, dan bersyukur sangat sebab semuanya selamat.

Dalam perjalanan balik ke khemah, sempat kami tengok trail yg kami dah lalu tadi. Hmm.., boleh tahan jugak mencabarnye. Salute dengan diri sendiri heheh.. Kalau tak dalam keadaan bertutup mata, mesti aku pikir dua tiga kali nak lalu trail tu..

Terasa insaf dengan diri sendiri sebab sebelum ni tak sedar yg penglihatan kita yg Allah bagi tu sangatlah penting utk buat ape pun. Take things for granted. Inilah perasaan org buta yg teraba2 nak melintas jalan. Bersyukur yg tak terhingga pada tuhan sebab aku di antara yg bertuah dikurniakan penglihatan utk melihat dunia Nya....

Thursday 1 April 2010

KAYAK..OH..KAYAK..





Bulan Mac ni adalah bulan yg agak istimewa bagi aku sebab pertama kali dapat mencuba aktiviti kayak ni. Terima kasihlah pada SPS133 yg memuatkan silibus KAYAK dalam Outdoor Recreation. Sebelum ni bukan tak teringin nak mencuba, tapi tak berkesempatan & tak ada org yg berminat nak join sama. Sebagai seorg rakyat Malaysia yg lazimnya penyegan, mencuba kayak seorg diri amat jarang berlaku..heheh..

Apepun, biarlah aku mula dari anatomy of kayak.. Di bahagian depan kayak dipanggil bow, di bahagian belakang pula stern. Jika 2 seater kayak, org yg di depan digelar bowman dan di belakang digelar sternman. Bahagian bawah kayak pula digelar hull. Manakala sisi di sebelah kiri dan kanan dipanggil port side & starboard side. Permukaan rata dihadapan bowman pula digelar fore deck. Kebanyakan kayak adalah sit-inside kayak. Tempat duduknya dipanggil seat dan ruang duduknya itu dipanggil cockpit. Manakala di sekeliling atau di mulut cockpit itu pula digelar cuoming. Sebuah kayak tidak akan lengkap tanpa paddle. Paddle ini berpemegang(shaft) dan dua belah blade. Kedua2 blade ni biasanya unparallel dan dipanggil 'feathered blade', tujuannya ialah untuk mengurangkan rintangan angin. Permukaan atas blade yg berbentuk sudu digelar front-of-blade manakala di sebelah belakangnya digelar back-of-blade. Paddle yg sesuai ialah apabila didirikan, tangan akan dapat mencapai hingga ke hujung blade. Sebelum aku terlupa, semua org termasuk pensyarah & fasilitator diwajibkan memakai PFD(personal floatation device) sebelum turun ke air. Jadi menunjukkan pemakaian PFD ni sangatlah penting dalam setiap aktiviti air, seperti kayak ni. Tak mengira sama ada seseorg tu expert atau novice dan mahir berenang atau tidak.. Malang itu tidak berbau, jika berbau senang lah kita mempersiapkan diri, ye tak....

Okey, nak naik ke kayak ni pun ada cara jugak. Kayak mestilah rapat ke tebing dan masuk dari sebelah port side @ kiri kayak. Kalau berdua, bowman akan masuk dulu. Dan dia akan imbangkan kayak semasa sternman pula masuk. Jika tersilap langkah, dua2 akan capsize dengan percuma..

Cara nak pegang paddle yg betul ialah dengan mengangkatnya separas bahu, tangan kita akan berbentuk L, dan ikut keselesaan masing2. Tangan kanan memegang kejap pada shaft tu, manakala tangan kiri akan loose sedikit untuk memudahkan pengayuhan. Di sini aku akan ceritakan pengalaman berkayak dengan partner, sebab tak berpeluang mencuba kayak single. Kedua2nya mesti mengayuh serentak, dan lazimnya bowman yg akan bagi arahan sama ada nak ke kiri, ke kanan, stop @ turn. Untuk stop, bowman akan hentikan kayuhan dan sengkang paddle di sebelah kiri @ kanan, sternman pun akan ikut berhenti dengan menyengkang paddle di opposite side. Untuk turn right, kayuhan akan dibuat dari sebelah kiri dan begitulah sebaliknya. Untuk turn 180', bowman akan forward paddle dan sternman akan back paddle from the opposite side. Untuk rapat ke tebing pula, kedua2nya akan tarik air dgn paddle dan buat bentuk S, hinggalah dah rapat ke tebing.

Dengan diguide oleh lecturer2 dan fasilitator2, kami dapat belajar dan mencuba sendiri bagaimana utk rafting(kumpul & rapatkan semua kayak), utk tukar posisi semasa rafting, utk self-rescue semasa capsize dan T-rescue. Untuk rafting, main kayak akan stop dan tegakkan paddle, bermakna semua dipanggil berkumpul di situ. Semua akan datang & pegang kayak2 di sebelah utk rapatkan satu sama lain. Semasa tukar posisi, mestilah dibuat seorg demi seorg. Tak boleh serentak. Kawan2 yg lain akan pegang kayak2 yg berdekatan utk stabilkan keadaan. Proses ni selalunya dibuat semasa ekspedisi kayak, sebab mungkin ada yg dah tak kuat & tak ada tenaga nak mengayuh, boleh lah mereka tukar pasangan.

Aku disuruh oleh En. Hisyam utk cuba self-rescue dengan brader Hastha. Alhamdulillah, bila dah capsize tu kami cepat2 keluarkan diri dari kayak & cuba terbalikkan semula kayak secepat mungkin sebelum air banyak masuk dan memberatkan kayak. Bila kayak dah kembali ke posisinya, proses nak panjat balik utk masuk pun agak mencabar. Bowman kena cuba panjat dari tengah, sambil sternman imbangkan kayak supaya tak capsize semula. Begitu juga sebaliknya. Bila dua2 dah selamat, kami berpeluang utk bantu kawan kami buat T-rescue sebab kayaknya dah tenggelam dan dimasuki air. Caranya, kawan kami tu tarik kayak dia dan cuba naikkan di bahagian hadapan kayak kami sambil dibantu oleh bowman. Dia akan jongkang-jongkitkan kayaknya itu untuk keluarkan air. Setelah dah ok, dia pun naik semula ke atas kayaknya. Kami pun mendayung semula ke port asal kami tadi.

Tamatlah sudah sesi berkayak pada hari itu. Lega sebab dah selesai, dan tak banyak minum air tasik yg keruh tu. Sebab terdengar cerita, ada yg hampir kenyang dek terminum air tasik yg Wallahualam tu...
Sesiapa yg nak mengikuti ekspedisi berkayak ni, persiapkanlah diri dulu. Tangan mesti nak kuat, especially bila berkayak di laut atau white-water kayak(di sungai). Kalau di Tasik Shah Alam yg tenang tu pun ada yg tercungap2, bayangkan aje kalau di laut....

*Gambar yg aku sertakan ni bukan lah pada hari yg kami capsize tu, tapi hanyalah sebagai gambar ilustrasi. Ni gambar semasa pengenalan kepada kayak..