Tuesday 23 March 2010

Learning Camp Bukit Cherakah 2010





Lama jugak dah tak menulis, agak sibuk dgn kerja & assignment yg melambak..;)
Pada tanggal 17 Mac yg lepas, bermulalah Final Camp kami yg diberi nama Learning Camp E-Pjj 2010 Bukit Cherakah. Kedatangan penuh, kami 9 org semua hadir dan disertai oleh 2 org student fulltime Uitm dan seorg lg student fulltime dari Kolej Shahputra, Kuantan. Kami berkumpul di depan Intekma Resort dan bergerak beramai2 ke entrance Bukit Cherakah.
Kami disambut oleh En. Rafshan, atau disini dia dipanggil en. shawn. Kami berjalan masuk beramai2, dengan beg yg boleh tahan jugak beratnye.. Seingat aku, jalan masuk tu mesti tak kurang dari 1km, atau mungkin juga mencecah 2km jauhnye.. Akhirnya, sampai jugak kami ke camp site.
Setelah meletakkan beg masing2, kami diarahkan utk menaikkan khemah pusat & khemah dapur bersama2. Yang lelaki bergotong royong dgn khemah & wiring. Masing2 tunjuk skill la, dgn knotting yg dah di ajar oleh en. Hisyam.. Yg perempuan pulak, cuma perlu tegakkan kanopi dapur & susun brg2 seperti dapur gas, bekas2 Coleman dsb.. Selesai disitu, barulah kami dipanggil semula duduk berhadapan dgn beg2 kami utk sesi sport-check. Tak sport-check sgtlah sebenarnya, kami diberi arahan utk keluarkan segala makanan @ ration yg ada tersorok dlm beg. Dan segala keperluan mandi seperti syampu, pelembap dsbnya juga tidak dibenarkan sama sekali.. Yang boleh hanya berus gigi, ubat gigi dan sabun SAHAJA.
Sedih juga nak membayangkan 4 hari akan datang tanpa deodorant, pelembap,pencuci muka dsb.. Dah namanya perempuan, tak lengkap rasanya kalau takde semua tu.. Okey, kemudian wallet & hp juga diminta oleh mereka utk diserahkan buat simpanan selama 4 hari ni. Yang ni tak terkejut sgt kot sbb ada antara kami yg hp nya tak berhenti2 berdering dari mula sampai.. Memang sgtlah mengganggu program jika kesemua 12 org peserta pun mcm tu. Okey..selepas tu, sesi pengenalan ringkas dibuat utk memperkenalkan seorg demi seorg fasilitator kami iaitu En. Shawn, En. Yasir, En. Dasri, En. John, En. Hafiz & seorg pensyarah jemputan dari Kolej Shahputra iaitu En. Mustakim. Kebanyakan dari mereka ni adalah bekas student Uitm sendiri. Mereka menubuhkan persatuan yg membantu student2 yg mcm kami ni dgn First Camp & Final Camp. Persatuan ini dipanggil PERLU (Persatuan Rekreasi Luar)...

No comments: