Saturday 27 March 2010

Warm Up Session






Pada hari pertama itu juga, kami dibawa ke kawasan berhampiran camp site kami untuk Ground Orientation @ familiarization.. Antara tempat2 yg kami lawati ialah kawasan swimming pool, gelanggang pasir, bulatan @ roundabout dan menara abseiling. Selepas dah familiar dgn tempat2 perjumpaan tu, kami berkumpul di gelanggang pasir untuk sedikit aktiviti management game. Game2 ini byk yg menguji kepekaan dan ketangkasan kami. Memang berkesan untuk hilangkan mengantuk di tengahari tu.. Kami diberi 10 saat untuk.....memegang pokok, contohnya. Bertempiaranlah kami semua mencapai pokok yg terdekat.. Banana game pula memerlukan kami mengingat karakter setiap seorg dari kami yg diberi nick name + fruits. Salah satu cara untuk mengingat nama dgn cepat. Bagi kami student e-pjj mungkin tiada masalah sebab semua dah kenal satu sama lain. Cuma mungkin sukar sedikit bagi adik2 fulltime nak ingat nama kami semua..

Pada sebelah petangnya, kami berkumpul di swimming pool untuk aktiviti seterusnya iaitu Water Confidence. Kami diajar untuk menyelamatkan diri(sekiranya berlaku kecemasan), sebelum pertolongan tiba. Rugi kalau tak dapat selamatkan diri sendiri, walau hanya 5 meter.. Rasanya, semua org dah ada basic swimming, jadi ALHAMDULILLAH..., semua org lepas latihan yg diberi walaupun tercungap2..;)
Selain untuk mengukur tahap kami berenang, kami juga ditegaskan betapa pentingnya pemakaian PFD (Personal Floatation Device)dalam aktiviti air ni.. PFD haruslah dipakai dengan betul, dan lebih elok lagi kalau dapat buddy sistem utk check one another. Ini penting sebab keesokan harinya kami ada aktiviti kayak pula..

No comments: