Saturday 27 March 2010

Sedikit Ulangkaji






Secara keseluruhannya, first day tu kami byk belajar teori. Bagus jugak sebab dapat refresh mind utk menghadapi Final Exam bulan depan.. Untuk kelas teori ni, kami berguru dgn En. Yasir Foo. Kelas pertama ialah 1st Aid. 1st Aid yg kami belajar ni lebih kepada Wilderness First Aid. Setiap huruf dalam FIRST AID itu mempunyai makna tersendiri iaitu First Immediate Rescue & Safety Treatment Aid In Danger. Ada beberapa kaedah yg boleh digunapakai sekiranya berdepan dgn kecemasan. Yang pertamanya ialah DRABC, check for Danger, check for Respond,check Airway, Breathing and signs of Circulation(look, listen, feel). Kemudian, ada kaedah lain iaitu TOTAPS, Talk(ask), Observe(for cuts@bruises), Touch(injured spot), Active movement, Pasive movement and Skill. Satu lagi kaedah for soft tissue injuries ialah RICE, Rest, Ice(utk kurangkan bleeding), Compress & Elevation(tinggikan bahagian yg luka tu dari paras jantung). Kami juga diajar utk menggunakan anduh(triangular bandage). Ikatan anduh ini dibuat pada casualty yg mengalami kecederaan pada bahagian tangan misalnya, utk mengurangkan pergerakan pada bahagian tersebut(immobilize) sebelum dibawa ke hospital utk dirawat. Ikatan anduh ini juga mempunyai beberapa kaedah iaitu Large Arm Sling(injuries to the forearm), Triangular Arm Sling/Elevated Sling(shoulder), Cuff-And-Collar(clove hitch) for upper arm@rib, Head Dressing and Puncture Wound(donut). Selepas itu kami diperkenalkan dgn kotak 1st Aid Kit dan alatan2 kecemasan serta ubat-ubatan asas yg terdapat di dalamnya..

Sebelah malam pula, kami ada kelas Knotting. Ini bukanlah kali pertama kami mempelajari knotting ni, cuma refresher course. Juga dgn En. Yasir, kami semua dapat ulangkaji semula teknik2 ikatan yg betul & mungkin juga ada teknik short-cut seperti yg ditunjukkan oleh brader Hastha kita..
Antara ikatan2 yg wajib kami hafal ialah Reef Knot, Clove Hitch, Bowline, Butterfly, Fisherman's Knot, Figure of 8, Double Figure of 8 Single-Loop & Double Figure of 8 Double-Loop. Tak sia2 rasanya menghafal ikatan2 ni sbb semasa kami bercamping di sini, kami byk mempraktikkan ikatan2 yg kami dah belajar dalam kelas. Terima kasih kepada fasilitator2 program ni sbb byk membantu kami..

Malam kami rupanya tidak berakhir di situ.. Hampir pukul 12 malam, kami dibawa berjalan dalam satu barisan utk Night Walk. Dengan suasana yg tenang dan nyaman, kami berjalan ditemani suara cengkerik & unggas di waktu malam. Kami berhenti di suatu tempat dan duduk dalam barisan. Seorg demi seorg ditarik oleh En. Dasri dan berbekalkan sebatang lilin, disuruh berjalan pulang tanpa langsung memijak rumput. Tiba giliran aku, berdebar2 sbb cahaya lilin menyilaukan pandangan. Langsung tak nampak apa di depan. Dengan sabar, akhirnya sampai jugak aku ke check-point dimana En. John sedang menunggu. Lilin aku ditiupnye & aku disuruh ke swimming pool. Rupanya ramai yg dah ada menunggu di sana. Alhamdulillah, semua selamat sampai tanpa ada gangguan halus dan kasar...

Kami pulang ke camp site & membuat undian siapa yg kena berjaga dulu. Kami bergilir2 utk sentri, sambil menyiapkan buku laporan yg dikehendaki oleh consultant. Setelah undian dibuat, aku kumpulan kedua yg berkawal. Maknanya, aku kena tidur 1 jam, berjaga 1 jam dah tidur semula lagi 1 jam.. Aduh, pening kepala memikirkannye......

No comments: