Friday 2 April 2010

..I'm a SurVivOr..









Hari kedua kami belum berakhir lagi. Setelah selesai aktiviti Blind-Trail, kami tidak dibenarkan pulang ke khemah masing2. Dengan berbekalkan jaket dan torch light sahaja, kami bakal menjalani satu lagi aktiviti yg mencabar fizikal dan minda, iaitu Survival. Sebelum tu kami relaxkan diri dgn main satu game, Mingle. Daripada game nilah kami dapat group Survival kami. Aku sekumpulan dengan Amir dan Afiq . Triple A, Abby+Amir+Afiq.. Semasa taklimat, kami dah duduk dalam kumpulan masing2, ada 4 kumpulan kesemuanya. Setiap kumpulan dibekalkan dgn 4 PFD, sekeping kanvas, parang, 2 periuk messtins, 5 bilah mancis, setin sardin kecil, 2 biji telur, segenggam beras, segenggam tepung, sebiji bawang, ubi kentang & cili, sedikit garam & gula dan 2 uncang teh. Itu sahaja buat bekalan kami bertiga sehingga pukul 10 besok paginya... Aku termenung sekejap. Memikirkan perut yg lapar, dah petang pun tak makan2 lagi ni.. Apelah nasib kami. Untuk sarapan pagi tadi, kami dihidangkan dgn nasi lemak yg enak (oleh En John). Nasib baik semuanya makan dgn beria2. Satu benda yg kami pelajari di sini ialah, apabila tiba waktu makan, jangan lah sia2kan makanan tu.. Bedal je, sebab kat sini kami banyak pakai tenaga. Kejap je dah lapar balik. Terima kasih juga buat juadah2 yg sangat sedap..

Berbalik pada aktiviti kami tadi. Dalam taklimat, kami diberitahu yang kami akan dihantar ke tapak khemah masing2. Dengan menggunakan apa yg dibekalkan, kami perlu mendirikan khemah, membuat unggun api dan masak untuk makan malam. Kami dilarang sama sekali untuk berkomunikasi dengan ahli2 kumpulan lain. Sesudah taklimat, kami disuruh berjalan ke arah Tasik Sungai Kuning sebab tapak perkhemahan Survival kami di sana. Perjalanan ke situ yang naik & turun bukit menambahkan lagi letih dan lapar kami. Tapi sesampainya di Tasik Sungai Kuning tu, aku terpaku sekejap melihat keindahan tasik yang jernih & ikan2 yang cantik di dalamnya. Rupa2nya boleh memancing di situ, tapi Catch & Release. Sekadar suka2.. Boleh tengok dan tangkap, tapi tak boleh dimakan. Semasa melalui jambatan untuk ke seberang sana, En. Shawn menunjukkan satu2nya tempat yg kami boleh ambik air bersih untuk minum dan masak. Semasa kami ambil air di sini, DIWAJIBKAN memakai PFD. Tujuannya, takut ada yg terjatuh semasa mengambil air. Diingatkan juga, kami tak dibenarkan untuk mandi SAMA SEKALI. Di sini barulah aku diterangkan salah satu sebabnya kami dimandikan lumpur tadi. Selain untuk menguji ketahanan mental, lumpur yg membalut seluruh tubuh kami sangatlah berguna time Survival ni utk menghalau segala binatang & serangga. Ala2 dalam cerita Terminator tu, kata mereka. Binatang2 tak dapat nak bau manusia sebab dah bau macam mereka...(kuang..3x) Memang betul terbukti sebab malam tu aku kurang diganggu serangga. Jika tidak, aku ni macam ada antenna panggil nyamuk. Kadang2 aku sorg je yg kena gigit nyamuk, mungkin juga sebab darahku manis..heheh...

Sesampainya kami di camp-site, kami bersama-sama pilih kawasan mana yg kami nak jadikan tapak khemah. Kami pilih tapak tu sebab jauh dari pokok2 besar yg dahannya mungkin patah dan tapaknya rata. Bila dah confirmkan tapak tu, Amir mula mencari sumber2 seperti tali untuk mengikat khemah & dahan2 untuk dibuat tiang. Afiq pula membantu mengumpulkan kayu dan menghidupkan api. Aku sebagai org dapur, membuat persiapan seperti membasuh beras, memotong ubi kentang & yg paling sukar sekali menghidupkan api dan membuat tungku.. Menu yg aku rancang ialah bubur nasi, kentang dan telur. Sardin akan aku masak keesokan harinya, dengan tepung. Susah juga nak memasak pakai kayu api ni ye, silap bajet dapat nasi mentah @pun hangit.. Bersyukurlah pada teknologi yg ada sekarang ni. Masak punya masak punya masak, khemah pun siap. Masing2 melabuhkan punggung kepenatan. Buat seketika, takde seorg pun rasa nak makan. Mungkin sebab terlalu lapar dan penat kot, perut pun dah masuk angin. Bila dah agak malam, barulah kami jamah sikit bubur tu. Itupun sekadar alas perut. Sambil lepak2 tu aku buatkan teh-o untuk minum. Pernah sekali mereka tertumpahkan gula, sanggup dikutipnya dan diletakkan juga dalam teh-o.. Survival, kata mereka. Sedangkan air tasik yg ber hidupan tu pun selamba je kami minum mentah, tawakal je pada tuhan.

Relax juga rasanya sebab time ni je kami dapat free zone. Sepanjang 4 hari kami di situ, packed dgn aktiviti2 yg telah disusun oleh mereka. Sambil minum teh-o tu kami berborak2 panjang. Bagus jugak dapat peluang mengenali class mate dengan lebih rapat. Selalunya setakat jumpa sebulan sekali dalam seminar, tak tau pun rupanya kawan sekampung. Apepun, seronok tengok semangat kerjasama antara kami. Masing2 tau peranan masing2, apa yg perlu dibuat. Air dah habis je, sesiapa yg sempat dah pun sarungkan PFD untuk ambil air. Kami tidak merayau malam untuk cari kayu api sebab Amir dan Afiq dah kumpulkan bekalan yg cukup utk sampai besok pagi. Kami diingatkan supaya sentiasa menjaga unggun api ni supaya tidak padam. Sebab unggun api dapat menghalau binatang2 yg kecil mahupun besar. Kami juga bergilir2 utk berkawal sentri, seperti biasa.. Tapi kali ni tanggungjawab agak berat sebab kena sentiasa marakkan unggun api tu. Ada beberapa kumpulan yg telah ditangkap tidur dan unggun api padam terus. Mereka diwarning jika sekali lagi semua tidur, mereka diminta pindah ke tapak baru. Aduh.., bayangkan kena bina khemah baru dalam gelap2 tu.. Alhamdulillah, kumpulan kami bersentri dengan baik sampai ke pagi. Walaupun pening kepala menahan ngantuk, mesti ada salah seorg dari kami yg berkawal. Terima kasih kawan2 atas kerjasama yg ditunjukkan. Itulah malam yg paling panjang pernah aku lalui. Kami tak dibenarkan pakai jam, so we lost track of time..

Apepun pagi tu kami bangun awal, masak air dan buat teh-o. Aku panaskan lebihan bubur semalam & masak sardin dalam tin. Sedap sungguh breakfast kami hari tu. Baru terasa lapar yang teramat sangat. Sambil kami makan, En. Dasri datang memberitahu bahawa masa Survival kami dah tamat. Kami diminta buka balik segala khemah, kutip sampah2 yg kami bawa & matikan api yg kami hidupkan semalam. Saat yg paling happy rasanya, tak sabar nak mandi bersabun, syampu rambut, sikat rambut & pakai pakaian bersih. Welcome Back Civilization........

No comments: